Pengumuman

Selamat Datang Ke Blog SMK Seri Manjung

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung dibina dalam tahun 1985 di bawah Projek Pinjaman Bank Dunia dengan kos sebanyak RM4.2 juta. Pembinaan ini termasuklah Sekolah Kebangsaan Seri Manjung. Kawasan sekolah seluas 20 ekar ini dahulunya merupakan sebahagian daripada ladang Suffolk. Nama sekolah ini diambil sempena dengan nama daerah Manjung.
Pada 5 Januari 1986, sekolah ini telah mula berfungsi sebagai satu institusi pendidikan dengan tenaga penagajar seramai 10 orang dan 160 pelajar.  Bangunan sekolah telah sempurna dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Ibni Sultan Muhibuddin Shah pada 8 Zulkaedah 1409 bersamaan 12 Jun 1989.
Kebanyakkan pelajar sekolah ini datang dari Sekolah Kebangsaan Seri Manjung dan Sekolah Kebangssan Dato’ Seri Kamaruddin. Sebahagian besar pelajar tinggal di kawasan Bandar Seri Manjung manakal sebilangan kecil yang lain tinggal di Kampung Dato’ Seri Kamaruddin, Kampung Sematang dan Kampung Teluk Pencalang.


No comments:

Post a Comment