Pengumuman

Selamat Datang Ke Blog SMK Seri Manjung

Tuesday 24 February 2015

Suku Akhir Bola Sepak MSSD Manjung Bawah 15

SMK Seri Manjung vs SMK ACS
Hari : Rabu
Masa : 8.30pagi
Tarikh : 25 Februari 2015
Tempat : SMK Ahmad Boestamam

Monday 23 February 2015

Sejarah Sekolah

● Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung dibina dalam tahun 1985 di bawah Projek Pinjaman Bank Dunia dengan kos sebanyak RM4.2 juta. Pembinaan ini termasuklah Sekolah Kebangsaan Seri Manjung. Kawasan sekolah seluas 20 ekar ini dahulunya merupakan sebahagian daripada ladang Suffolk. Nama sekolah ini diambil sempena dengan nama daerah Manjung.
● Pada 5 Januari 1986, sekolah ini telah mula berfungsi sebagai satu institusi pendidikan dengan tenaga penagajar seramai 10 orang dan 160 pelajar.  Bangunan sekolah telah sempurna dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Ibni Sultan Muhibuddin Shah pada 8 Zulkaedah 1409 bersamaan 12 Jun 1989.
Kebanyakkan pelajar sekolah ini datang dari Sekolah Kebangsaan Seri Manjung dan Sekolah Kebangssan Dato’ Seri Kamaruddin. Sebahagian besar pelajar tinggal di kawasan Bandar Seri Manjung manakal sebilangan kecil yang lain tinggal di Kampung Dato’ Seri Kamaruddin, Kampung Sematang dan Kampung Teluk Pencalang.




Pemain - Pemain Bola Sepak Bawah 15 SMK SERI MANJUNG


ENROLMEN MURID 2015

TINGKATAN
(L)
(P)
JUMLAH
1
167
162
329
2
130
150
280
3
147
163
311
4
172
160
332
5
122
164
286




JUMLAH
738
799
1537
*Kemaskini : 07.01.2015




Lagu Sekolah SMK Seri Manjung

Marilah Kita Semua Bersama
Amalkan Pekerti Yang Mulia
Tuntut Ilmu Sedia Berjasa
Kita Pasti Berjaya

Berilmu Dan Berbakti
Itulah Pegangan Paling Mulia
SM Seri Manjung Tercinta
Berusaha Terus Berjaya

Tunaikan Harapan Ibu Pertiwi
Sematkan Niat Suci Di Hati
Rajin Usaha Tercapai Cita
Untuk Nusa Dan Bangsa

Keputusan Bola Sepak Bawah 15 MSSD Manjung 2015

SMK SERI MANJUNG 8-0 SMK DINDINGS
SMK SERI MANJUNG 4-1 SMK TOK PERDANA
SMK SERI MANJUNG 2-0 SMK BATU 10